JellyPages.com

Thursday, 29 November 2012

~show time~

Assalamualaikum...
entry kali ni membawa kami pergi jauh ke melaka...(tak la jauh mana pun sebenarnya...)
majlis perkahwinan firdaus dan ieyda pada 25 dan 26 Ogos 2012..



Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan kedua-dua belah pihak pengantin amat berpuas hati dengan persembahan yang kami berikan...terima kasih daripada kami GemalaSari...:)

Wednesday, 14 November 2012

:: sejarah GemalaSari ::

Assalamualaikum....
sebagai perkenalan dan langkah pertama, kami akan menerangkan secara ringkas tentang sejarah GS dengan ringkas, padat dan tepat...

"ditubuhkan pada tahun 2002 dan mempunyai ahli seramai 14 orang dan kesemuanya perempuan. GemalaSari mengorak langkah lagi dengan keahlian penari lelaki seramai empat orang pada tahun 2010. Untuk pengetahuan, ahli GemalaSari kini telah mencecah sehingga 40 orang. Kumpulan ini juga telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak terutamanya penghulu mukim Machap, ketua kampung dan sebagainya. Selain mendapat jemputan membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan, keraian, GemalaSari juga telah mencapai kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor. GemalaSari telah mendapat tempat ketiga dua tahun berturut-turut (2010 dan 2012) dalam pertandingan tersebut."


::Bismillah...::

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga GemalaSari (GS) menghasilkan sebuah blog yang dapat menceritakan perjalanan kami sebagai sebuah kumpulan tarian. Walaupun masih hijau bertapak dalam dunia tarian, tetapi kami amat berharap agar GS dapat dikenali ramai seterusnya mampu meningkatkan pengetahuan bukan sahaja dalam dunia tarian malah mendalami budaya lain secara meluas...

MISI:
"menjadikan GemalaSari berpotensi, unggul dan cemerlang sesuai dengan kehendak budaya dan seni yang diterapkan oleh Yayasan Warisan Johor"

VISI:
"tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"

COGAN KATA:
"Ikhlas, Maju Jaya dan Berdaya Saing"


:: diharapkan kesemua ahli GS menanamkan semangat dan berusaha untuk memajukan diri mereka dalam bidang seni tarian. Semoga semangat kerjasama dan setiakawan yang wujud dalam kumpulan ini berkekalan dan mendapat redha Allah...Amin... ::